segalanya sukar bagi aku :'(

assalamualaikum semua .

cuti bulan 12 nie sangat la membosan kan . hurm , tak tau nak buad apa  . dlu ada jugak kerja nak buad tapi tahun nie rasa makin malas ja . orang lain sibuk pegi tusyen , study , bercuti and macam-mcam lagi lah . aku ? stay ja kat umah and mengadap FB sampai la ke malam . sebenarnya tak da apa pun tapi biasa la , dah jadi tabiat la katakan .

berbalik pada tajuk , aku tak tau macam mna nak explain sebenarnya . aku rasa buntu sangat . kenapa perlu aku rasa bersalah bila aku cuba nak berkawan dengan lelaki lain ? aku sedar yang A bukan nya lagi bf aku macam dlu . tapi entah la , setiap kali aku cuba nak berkawan dengan mna-mana lelaki sekalipun , perasaan bersalah dalam diri semakin hari semakin menebal . sejujornya , aku masih sayang kan dia . tak sedikit pun rasa sayang dalam diri aku berkurang . tapi , takkan aku nakkan dia lagi ? sedangkan aku tau yg semua tu mustahil .

memang hasrat aku nak belajar saja dlu . tak nak pkir pasal cinta-2 . tapi semua tu bukan senang . sekali kita terjebak , payah kita nak berundur . bagi lelaki , mereka tak kesah sangat , mereka boleh carikan peganti lain . tapi bagi perempuan , benda tu semua mengambil masa yang lama . aku dengan dia masih lagi berkawan . mybe dengan cara nie saja yang mampu mengeratkan lagi hubungan kami . sukar sebenarnya nak cari lelaki yang sebaik dia . tapi aku redha . kalu ada jodoh aku dengan dia , aku bersyukur . kalu tak , aku redha . mungkin ada hikmah disebalik semua nie .

aku akan cuba kuatkan hati aku untuk semua nie . buad msa sekarang aku cuba untuk berkawan dengan lelaki lain . memang berat sangat sebenarnya sebab selama nie sekali pun aku tak pernah nak berkawan dengan lelaki yang aku tak kenal  (capital S ) . tapi sekarang , biarlah kita buad haluan masing-masing . yang penting , aku still sayangkan hang !

p/s : berkawan biar beribu , tapi berkasih biarlah satu :D
terima kasih daun keladi :D sudah baca , follow lah sekali .

ungkapan :D

ungkapan yang sangat romantik dan memberikan aku satu kekuatan serta pengajaran buad diri aku .

  • Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut. 
  • Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
  • Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
  • Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan... 
  • Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.


terima kasih daun keladi :D sudah baca , follow lah sekali .